Notice

© All rights reserved. No part of this publication may be reproduced or transmitted in any form or by any means, electronic or mechanical, including photocopying, recording or any other information retrieval system, without prior permission in writting from the publisher and respective owner.

If you want to buy 3D model, You might search and buy from..

Blog Widget by LinkWithin

Friday, December 11, 2009

1

Voice Out : Yeee aku tahuu



Kerja aku tak semegah ~ sbb tu aku tak pernah kesah, janji aku buat yang aku mampu. Kudrat aku kerja aku. Tapi benar, kerja aku datangnya dari mereka yang memerah idea. Idea mereka ini menagih keunikan, menagih hak. Aku selama ini tidak menegakkan hak ini. Pada dasar aku hanya ingin berkongsi jalan yang sama. Sama² berbicara tentang hala yang sama. Tetapi ada yang memesongkan jalan itu. Datang cemar. Datang khianat. Menaguk. Aku sedar kerja aku dijalan ini tak semegah, aku ulangi, aku sedari. Tapi ada yang datang bawa hajat, bawa nasihat. yang datang ini ialah mereka yang kumaksudkan tadi. Aku akur, aku mengikut. Aku ikut bukan kerana aku angkat bakul aku sendiri, aku ikut kerana ingin aku jaga jalan yang aku lalui, bersama mereka.

p/s: mahu kekal sebagai blog 3D ~ percayalah

Tuesday, December 08, 2009

0

Exterior : Hotel & painting effect




Assalamualaikum ~ officially, starting from this post, I have to put the watermark -- for some reason that I have stated in previous post. ~

Monday, December 07, 2009

0

Announcement : Watermark

Assalamualaikum, saya diberitahu oleh beberapa pihak, bahawa terdapat beberapa hasil kerja disini telah diguna pakai oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Mereka yang saya maksudkan telah mengguna pakai hasil kerja saya untuk tujuan luar dari kebenaran. Tolenrasi saya hanya ditahap bilamana anda ingin menggunakannya untuk conceptual atau sebagai image board. Ironinya, ada pihak mendakwa bahawa kerja tersebut adalah hak milik mereka dan tidak kurang juga menjadikannya sebagai portfolio syarikat. Lebih mengecewakan, ada yang menggunakannya untuk tujuan submission dan resume ke pihak berkaitan. Oleh yang demikian, watermark akan diletak kepada semua hasil kerja disini walaupun ianya "menjejaskan" keseluruhan imej. Segala kesulitan amat dikesali. Tindakan yang diambil adalah untuk memelihara kepentingan semua pihak. Sila email kepada saya di mibs3d@yahoo.com untuk memperolehi imej tanpa watermark.

Sunday, November 29, 2009

0

Experiment : Wajalution

Assalamualaikum, hehehe camne Raya Haji tahun nih? Ape yang anda dah korbankan? :) Dalam boring² wat 3d, aku try² main photoshop. Dah banyak kali nak model kerete Lancer tapi tak jadi² ( takde kesabaran ) so last² aku wat photoshop jek. Dari Paultan ade berite pasal proton dan mitsu nak wat kerjasama, antaranya model Lancer yang nak diproton-kan dan model exora nak di mitsu-kan. Ceritanya ~model Lancer akan diambil untuk projek Waja, katanya nose grill depan lancer tu akan di flipkan~ huh, maka aku wat experiment sendiri jadilah gambar diatas... errr cam tak kene jek... ;)

Wednesday, November 18, 2009

1

Exterior : Commercial Building



Dengan rasa sedikit meluat ngan sistem opis ~ aku dengan tanpa rasa bersalah mengupload keje opis nih hahahahhaha

Tuesday, November 17, 2009

0

Interior : Corporate Office Meibeng



Perkara yang paling stress bilamana amendment semua job² freelance datang serentak dan dateline semua dekat². Aku jual burger je nanti nih .....

Wednesday, October 28, 2009

0

Voice out : Cis Bedebah!

image taken from www.kf6nvr.net
Tatkala sang Nebulosa bertanggah mata seperti selalunya, walau dikata menongkah norma hidupan lainnya. Sudut mulus masih terhampar rasa tanggungjawab. Siangnya sama, malam jua sama. Kau tak sama sepertimana dalam kelompokmu? Ya, dulu segenggam hati ini gah rasanya. Kini lohong pendengaranku menyerap rasa dungu Tok Ketua, Sikit pun tak sekilas pancainderanya membezakan aku, si Nebulosa dengan hidupan titip lumpur menanti air? Ingin aku menyeluk tempat pijak ku, untuk ku rasa,untuk ku tenang~ tapi kosong. Nebulosa ini meleret kaki yang tergari. menunggu diri kering terlayang, jauh ketempat baru ~ kiraan yang sama, wajah yang sama, tertib yang sama, roda ini berpusing lagi dari awal, aku masih terikut menunggu, walau jerih susuk, tetap tunggu, nanti ada yang melimpah memberkati...
p/s: rasa nak brenti keje pun nak bersastera ke... apedaaaa ( kata diriku kepada aku )

Wednesday, October 21, 2009

0

Voice Out : So camne?

Assalamualaikum,

Malam tadi sembang ngan salah seorang otai dalam dunia persada 3D nih katanya, cari rezeki dalam dunia creative dan teknikal ni memang masyukk kalau kena care dan gaye TAPI ~ memenatkan. Orang cakap "wat keje ape pun penat.." tapi bagi aku tak kesah la wat ape pun, cuma cari jalan yang paling produktif ~ wat 3d nih secara tradisi, selalu tak tido malam, kerah mata, dah submit ade amendment plak, tak tido lagi. Bagi profesional yang charge pade harga servis ikut pasaran profesional takpe lah, mcm aku nih kiranya bidang terjun jugak wat 3d nih, kita charge pun setakat nak makan jek. Dah dapat payment pun kengkadang rase tak berbaloi.

Maybe sebab tu ade antaranya mereka nih, mula berniaga secara kecil-kecilan, mahupun besar-besaran. Brader otai 3d yg aku bersembang smalam dah ade perancangan bagus dier, dah nampak jalan yg dier nak tuju. Ada jugak kawan aku yg lain dah lama berkecimpung dalam dunia perniagaan nih. Ada yang dah ade kedai sendiri, opis sendiri, kagum aku. Tumpang gembira. 90% rezeki datang dari perniagaan kan? Hmmm bagi member² yang nak start berniaga dan yang dah start dah pun, teruskan usaha murni nih, cuma pelulah beringat dalam pengambilan untung, setiap sen akan dipersoalkan nanti ye tak?

Harap aku jumpa jalan untuk berniaga nih, niat dah ade, jalan je masih tak nampak. Nak kene orang lain tunjuk jalan,bukakan pintu, jemput masuk ~ baru bleh jalan. Tapi takkan nak harapkan org je ye tak? Pada semua member² yg dah berniaga sendiri, aku kagum ngan ketabahan dan keyakinan anda! Tabik!

Friday, October 16, 2009

0

Interior : Lounge + Reception




Assalamualaikum ~ another reception design. Same area, different project. Still waiting for the right time to upload exterior work.....

0

Interior : Reception





Assalamualaikum ~ huh yet another red theme interior :) Not my latest job. But it is 1 nite task.